Wednesday, September 21, 2016

GILA... ANAK BILLIONAIR BELIKAN ANJINGNYA 8 BIJI IPHONE 7



Kalau dah kaya, macam-macam gila yang mereka lakukan kerana kemungkinan jiwa mereka kosong tanpa sebarang pengisian berguna.

Demikianlah halnya dengan anak tunggal kepada lelaki terkaya di China apabila dengan bangangnya menghadiahkan lapan iPhone 7 untuk anjing peliharaannya. Bayangkan, berapa harga untuk lapan Iphone 7 tersebut dan berapa mulut yang dapat disuap kerana di China sendiri ramai yang hidup 'kais pagi makan pagi'.





Untuk info, anak billionair yang bernama Wang Sicong itu menghadiahkan iPhone tersebut kepada anjing baka Alaskan Malamute yang dinamakan Coco.

Malah gambar Coco yang sedang berposing bersama kelapan-lapan kotak iPhone itu turut dimuat naik di media sosial Moments hingga mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen.



Bersama foto itu, turut dimuat naik kapsyen: "Tak pasti apa orang ramai menunjuk di Moments! Tak ada apa-apa untuk ditunjukkan, jadi saya (Coco) terpaksa mengambil tindakan".

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Wang Sicong melakukan kerja bodoh, tetapi pada tahun lepas dia pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memakaikan dua jam Apple Watches yang bernilai lebih RM153,255.85 untuk anjingnya itu.

Wang dikenali penduduk tempatan sebagai ‘orang kaya generasi kedua’ iaitu anak atau waris keluarga kaya-raya atau ‘tycoon’ yang suka menunjuk-nunjuk.



Sumber: Dailymail