Thursday, September 15, 2016

ALLAHUAKBAR, HUJAN BATU LANDA MELAKA



Sesungguhnya kuasa Allah tiada siapa yang dapat menduga!

Dan itulah yang berlaku beberapa kawasan di negeri Melaka apabila dikejutkan dengan hujan batu yang melanda pada awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, hujan renyai dilaporkan turun sebelum tiba-tiba kedengaran angin kuat membawa hujan ais di beberapa kawasan khususnya di daerah Sungai Udang.





Insiden itu turut disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pos kawalan sekolah di Kem Sungai Udang, Zaidi Salim, 49.

Menurut Zaidi, fenomena hujan batu itu berlangsung selama kira-kira 20 minit.

"Inilah kali pertama saya melihat hujan batu,"” ujarnya dipetik sebagai berkata.



"Saya dapat mendengar dentingan kepingan ais sebesar biji guli menimpa cermin tingkap pos kawalan," tambahnya.

Selain daripada itu, beberapa penduduk lain di sekitar Sungai Udang turut mendakwa ketulan ais dipercayai daripada hujan batu itu turut menerobos ruang tamu.

Kejadian tersebut menyebabkan kira-kira 135 buah rumah dalam kawasan Sungai Udang terjejas akibat dipukul ribut yang dibawa hujan batu itu.