Thursday, July 28, 2016

GARA-GARA MALAS - TUNAS JAMBU TUMBUH DI GIGI



Macam tak percaya bila dekat gigi boleh tumbuh tunas jambu!

Namun itulah hakikat yang terjadi kepada seorang pesakit lelaki yang berusia 37 tahun apabila dia mengadu sakit gigi. Seterusnya apa yang ditemui oleh doktor di Taiwan ini amat mengejutkan.

Malah ia berlaku kerana pesakit tersebut malas membersihkan mulut termasuk memberus gigi selepas makan. Sampai kuning giginya... yekk!





Bila ditanya doktor, lelaki itu mengadu rasa sakit tersebut tidak hilang walaupun sudah makan ubat. Mendengar keluhan tersebut doktor menjalankan pemeriksaan. Alangkah terkejutnya apabila ia mendapati ada daun di celahan giginya.

Kejadian tersebut sungguh memeranjatkan dan disebabkan kes seperti ini jarang berlaku doktor tersebut menyelidik dan menyoal bilakah kali terakhir pesakitnya memakan buah tersebut.

Lelaki tersebut mengaku kali terakhir dia memakan buah tersebut adalah pada sebulan yang lalu dan berkemungkinan biji itu terselit di antara giginya yang berlubang.



Doktor mengatakan, tunas yang tumbuh itu berusia lebih kurang 10 hari, walaupun belum lama tumbuh, ia sudah cukup untuk memberi kesan sakit yang teramat kepada gigi.

Akhirnya, beberapa batang gigi lelaki itu telah dicabut dan anda lihat sendiri rupanya. Heh!