Thursday, March 31, 2016

PENGANTIN PEREMPUAN DICERAI TALAK 3 SELEPAS SETENGAH JAM NIKAH



Perkahwinan bukan perkara main-main!

Namun terkini, seorang jurugambar telah berkongsi pengalamannya menghadiri satu majlis pernikahan. Apa yang mengejutkan ialah apabila pengantin lelaki tiba-tiba melafazkan cerai talak 3 terhadap pasangannya dalam hanya setengah jam selepas pernikahan.





Berikut adalah catatan Boii Amani Hasim di laman Facebooknya:

"Lame gak aku jd photographer wedding. Macam2 aku dah tempuh. Ni aku nak share skit citer yg pernah terjadi depan aku dulu.

"Mas hantaran kawen mak ayah pompuan ni letak rm22,222.22. Mmg mahal gile...tapi si laki ni setuju. Aku tgk pon laki ni bukan calang2 org gak.

"So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak saba mengawan. Ye la, musim ujan mase tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamber dgn senapas je si laki lafaskan akad.



"Hantaran pon bertukar tangan begitu gak ngan mas kawen. Time laki tu nak baca lafas takliq, tetibe sedara dr pihak pompuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"

"Trus bangun pengantin pompuan dr tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal ape tak cukup seribu... siap pihak pompuan perli2 "dah tau tak cukup duit tapi gatal sgt nak kawen tu kenape" Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia amik mic pastu dia ckp.

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni. Saje sy tak cukupkan seribu sbb nak tgk korang camne. Ni ade sy bawa wang yg tak cukup tu" sambil buka bag yg berkepok2 duit 50 ngan 100.

"Takpe la...alang2 semua ade kat sini, boleh jadi saksi sy. Sy ceraikan awak dgn talak 3. Assalamualaikum" Drop mic, Salam2 trus gerak.

Begitulah al-kisahnya bila wang menjadi keutamaan dalam kehidupan. Dalam hal ini, saling bertolak ansur adalah kunci utama kebahagiaan dalam rumahtangga. Tak gitu?