Monday, August 22, 2016

PELIK TAPI BENAR - MENGANDUNG 17 BULAN MASIH BELUM BERSALIN



Pelik tapi benar. Kebiasaan wanita yang mengandung akan melahirkan anak apabila usia kandungan matang 9 bulan namun tidak bagi seorang wanita yang berasal dari Hunan, China yang berhadapan dengan situasi luar biasa apabila usia kandungan sudah berusia 17 bulan tetapi masih belum bersalin.

Jelas Wang Xi, bulan yang sepatutnya dia melahirkan anak iaitu pada 15 November tahun lepas namun selepas pemeriksaan doktor sendiri mengesahkan belum tiba masanya untuk dia bersalin.



Monday, August 15, 2016

MIOW 'GILA' SUDU



Dalam banyak-banyak barang, sudu juga yang dia suka. Bukan setakat sanggup lompat tinggi untuk ambil sudu kesayangannya, malah miow ni sanggup tunggu sehari suntuk sekiranya sudu tersebut berada di tempat tinggi yang tidak tercapai.

Jom tengok!






Thursday, August 4, 2016

MULAKAN UJIAN - BAS 'MASA DEPAN' DI CHINA



Jika di negara kita, MRT baru sahaja hendak dibina... tetapi di China mereka telah 'melangkau' masa depan apabila memperkenalkan rekaan konsep bas boleh ‘langkau’ jalan raya pertama di dunia, bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awamnya.

Menerusi laman Facebook China Xinhua News, mereka melaporkan prototaip bas berkenaan, TEB-1 (Transit Elevated Bus-1) sudah memulakan ujian di bandar Qinhuangdoi, wilayah Hebei.

Klik gambar untuk size besar


Sunday, July 31, 2016

10 GAMBAR - AKSI LUCU, BILA KUCING 'MENYERAH DIRI'



Kebiasaannya kita melihat orang jahat disuruh mengangkat tangan ke udara oleh polis tetapi tidak pada kucing yang diberi nama Keys ini.

Tiada siapa yang menyuruh, kucing ini secara spontan mengangkat tangannya ke udara seperti sedang menyerah tanpa sebarang sebab.

Kalau kucing comel ini berbuat demikian, ada tak polis nak menangkapnya. Heh!

Jom lihat aksi lucu si comel ni!



Thursday, July 28, 2016

BUKA JE TINGKAP KERETA - GADIS INI DILEMPAR AIR KENCING



Memandu sendirian bukan hanya mengundang bahaya seperti dirompak dan sebagainya, tetapi kadangkala boleh dianiaya dengan pelbagai perbuatan 'gila'.

Terkini, seorang gadis yang sedang memandu sendirian dan membuka tingkapnya sedikit terkejut apabila tiba-tiba dibaling dengan botol yang diisi air yang busuk kemungkinan air kencing. Akibatnya, pemandu kereta tersebut iaitu Hafizha Syazwani memberhentikan keretanya yang habis basah dan berbau busuk.



LEPAS SUSU LEMBU, KINI SUSU LIPAS PULA DIDAKWA BERKHASIAT



Ini mungkin kedengaran aneh dan menjijikkan, kerana lipas sering dikaitkan sebagai serangga perosak, jijik dan kotor. Kalau terjumpa, pasti rasa geram dan terus pijak-pijak kan?

Bagaimanapun, menurut satu kajian yang dilakukan di India, susu lipas dikatakan jauh lebih berkhasiat berbanding susu lembu. Aik... biar betul?

Tambah mereka dalam laman Science Alert, pakar-pakar dari Institut Biologi ‘Stem Cell’ dan Perubatan Jana Semula menemui fakta bahawa lipas dewasa menghasilkan sejenis cairan yang berkhasiat.